Terima kasih diucapkan kepada Dr. Azlan Bin Muharam, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Melaka kerana telah menerima kunjung hormat daripada pihak Cosmo Skills. Semoga sesi perbincangan yang telah diadakan dapat meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan Politeknik Melaka melalui kolaborasi Akademik dan Industri.


